Belanda 0 - 1 Denmark
Kejutan pertama Euro'12.
Michael Krohn-Dehli menerima bola di sebelah kiri, menembusi kawalan Gregory Van der Wiel dan John Heitinga sebelum merembat rendah melalui dua kaki Maarten Stekelenburg lalu menerjah jaring Belanda. Kemenangan berharga Denmark ke atas pasukan pilihan warna oren mencetuskan permulaan menarik kepada persaingan sengit di dalam kumpulan maut.
Belanda dengan 28 percubaan ke pintu gol tanpa sebarang jaringan.
Percubaan Arjen Robben di separuh masa pertama terkena tiang sebelum Robin van Persie menendang angin ketika mempunyai ruang di dalam kotak penalti. Babak kedua lebih buruk lagi buat Robben. Tanpa dicabar, tandukannya dari jarak enam ela dari pintu gol tersasar.
Wesley Sneijder cemerlang di tengah padang. Malangnya RvP dan Robben membazir peluang.
Pemain Terbaik Perlawanan: Daniel Agger
Jerman 1 - 0 Portugal
Portugal mengamalkan corak bertahan kelihatan hampir mampu mengikat Jerman tanpa jaringan. Namun tandukan Mario Gomez di minit ke-72 memastikan Jerman berkongsi tangga pertama dengan Denmark selepas tamat perlawanan.
Walaupun menang, persembahan pasukan bimbingan Joachim Low dalam perlawanan ini agak longgar berbanding dengan status sebagai antara pilihan utama untuk menjuarai kejohanan. Pasti banyak yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan seterusnya menentang Belanda yang diibaratkan sebagai harimau luka.
Pemain Terbaik Perlawanan: Mesut Ozil
No comments:
Post a Comment